LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

PERCUMA MASA BERBUAL

Percuma masa berbual

Ramai pengguna telefon bimbit terlepas pandang akan kepentingan Panggilan Percuma kepada diri mereka. Mengapa saya kata penting? 

Situasi 1:

"Sarif sedang bergegas dari KL ke Johor Bahru untuk melihat isterinya yang hampir bersalin. Tiba di suatu kawasan di daerah Johor, tiba-tiba tayar keretanya bocor. Baru Sarif teringat yang dia tiada tayar spare. Nasib baiklah dia sudah masuk di kawasan Johor, jadi ramai kawan-kawannya di sini. Tetapi masalah lain pula timbul. Apabila beliau ingin menelefon rakan-rakan yang tinggal berhampiran, kebetulan kreditnya habis! Jadi dia cuba untuk menggunakan SOS topup. Ah! Tapi malangnya dia dah menggunakannya sebelum ini. Kemudian dia menggunakan Ask-a-topup pula. 15 minit menunggu, tiada siapa yang sudi berkongsi kredit dengan beliau. Malang bertimpa-timpa. Bagaimanakah situasi beliau ketika itu dalam keadaan yang serba tak kena?

Alhamdulillah.. Kebetulan Sarif mempunya 2 biji telefon bimbit dan kebetulan 1 lagi menggunakan simkad Clixster Ameen. Sarif lihat pada baki Panggilan Percuma dan masih berbaki 30 minit. Teringat pula akan Panggilan Percuma Clixster ni tiada tarikh luput malah boleh di bawa kehadapan. Lantas Sarif teringat akan beberapa orang kawannya yang telah beliau perkenalkan sebelum ini tentang Program Ameen yang telah menggunakan simkad Clixster. Jadi beliau pun menelefon rakannya yang berhampiran lalu selesailah segala masalah.." 


Nah! Sekarang anda sudah sedar akan kepentingan Panggilan Percuma yang Clixster Ameen berikan kepada setiap pelanggannya yang memerlukan, di dalam apa jua keadaan. Kalau pengguna talian lain mendapat Panggilan Percuma setahun sekali semasa harijadi, tetapi anda mendapat Panggilan Percuma setiap hari atau hari-hari harijadi!

Dengan nilai topup RM10 bersamaan 30 minit, RM30 bersamaan 150 minit (2.5 jam) & RM50 bersamaan 300 minit (5 jam) masa berbual percuma, ini sudah cukup memberikan kepuasan kepada anda semua! Jadi bertindaklah dengan bijak dengan menggunakan simkad prabayar Clixster Ameen.



MyKifayah


mykifayah


Di syarikat Clixster Ameen telah menawarkan 1 lagi keistimewaan kepada para penggunannya iaitu Pelan MyKifayah-Pelengkap kepada badan khairat kematian.

Mykifayah adalah 1 badan yang menyediakan 9 pengurusan jenazah lengkap (tanpa tunai) kepada yang melanggan pelan ini. Antara lain yang MyKifayah sediakan ialah:

1. Bacaan zikir & tahlil oleh ahli MyKifayah.
2. Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk si mati oleh Tahfiz yang bertauliah,
3. Wang tunai sebanyak RM1000.

MyKifayah telah melantik seramai 3000 pasangan lelaki & wanita diseluruh Malaysia untuk menguruskan jenazah yang ada melanggan Pelan MyKifayah. Mereka juga menguruskan dokumentasi dan juga pengangkutan jenazah ke kubur.

Mengapa perlu melanggan MyKifayah?
- mati itu pasti, tetapi kita tidak tahu bila dan di mana?
- meringankan beban keluarga si mati.
- memudahkan lagi urusan si waris sekiranya kematian berlaku di luar kawasan.
- melengkapi badan khairat kematian sedia ada.

Apa yang menariknya ialah, mereka yang bukan beragama Islam juga boleh melanggan Pelan MyKifayah ini. MyKifayah akan membantu si waris iaitu wang tunai sebanyak RM1000. Perkhidmatan seperti ini tidak disediakan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

Langganan adalah serendah RM4.50 untuk bulan pertama dan RM2.50 untuk bulan bulan seterusnya. Tempoh matang adalah 30 hari dari tarikh melanggan. 

MyKifayah telah mendapat sokongan dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kesihatan Malaysia serta Badan Syariah Malaysia sebagai badan perkhidmatan jenazah pertama di dunia yang bergabung dengan syarikat telekomunikasi.

Untuk maklumat lengkap dan cara melanggansila hubungi MyKifayah di talian 011-2211 9911.



0 ulasan:

Catat Ulasan